Tuesday, July 27, 2010

::Kebaikan Susu Ibu ::

hasil daripada surf di Internet rasanya dapat disimpulkan bahawa Susu Ibu ini dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak sebagaimana berikut :

Untuk ibu:

1. membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
2. membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
3. mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
4. menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya


Untuk bayi :

1. Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
2. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
3. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
4. Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
5. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
6. Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
7. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
8. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
9.Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
10.Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
11.Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.



Lain - lain kebaikan :

1.Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
2. Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
3. Harga susus Formula semakin naik... dapat mengurangkan kos perbelanjaan...

2 comments:

  1. mekchu hang bila nak menambah nie,,,,
    armouris : thanks for that link.....

    ReplyDelete