Tuesday, July 27, 2010

Susu Ibu dari Pandangan Islam....

Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan pentingdan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya.


Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu. Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas si sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu. Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambik alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.

Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak. Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu.

Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi. Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga memprtingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan aal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurngkan risiko barah buah dada dan ovari. .

info ini dipetik daripada laman web Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia

1 comment: