Tuesday, September 6, 2011

PART II – SELEPAS KECURIAN….”SUPER MAMA”


Sambung balik ceriter kecurian tu dan mengapa mama menjadi Super Mama…

Lepas Papa gi wat report… terus piker..nak masak apa yeaa nanti org mesti ramai datang(kesayangan semua kan :) )…. Papa balik dalam kul 11 lebih tu discuss2x papa cakap buat Nasi Ayam laaa… ok beres..papa pi Pasar… just mampu bawak balik 2 ekor ayam jer.. tu pun que panjang .. dan terhad… takpe laa… sebab semua unplan..masak pun sama .. buat nasi ayam dan mee& bihun sup… My MIL sampai I dah siap masak Cuma nk goreng ikan jer coz My MIL tak makan sgt nasi ayam….

Kul 2 pm kaum keluarga sbelah papa dan mama dan start sampai, Kawan Papa, RAFIQ pun datang singgah walhal nak balik KL tu.. Thanks….. nasi Ayam ada skit lagi.. Ayam dah habis…. Kawan papa, ZAIM lak call nak datang malam…. Ishhh tergaru-garu ini kepala nak masak aper lai…. Mana boleh kawan datang jauh2 makan biskut raya jer kan…? Mama adaman tak suka itu mcm… pikir2 takpe laa we all buat “Puri” Mama masak sardine sebagai pencicah dan papa masak kan puri(gandum yang dibuat doh, digoreng). Ada balance satay… so ok laa cukup laa tu…

My Mom dan My Bro sampai dah dekat Maghrib…. Lambat coz ada kenduri kendara… lepas solat maghrib.. terus buat solat hajat berjemaah…. Lepas tu sesi makan…. Wah laku betul PURI yang kami buat sampai tak cukup….. Kul 9 My MIL dah nak balik cos esok I nyer SIL nak bertolak ke KL… tak bersiap apa pun… ingatkan I nyer AYONG akan stay… sekali my MIL cakap “ Maa.. mintak ayong balik dulu laa.. kat umah tu byk lagi tak berkemas…” as a good Menantu… I just smile……

last sekali tetamu yang datang adalah Cik Ani (tok sepupu) dalam kul 10 lebih …tu pun mintak anak dia bakarkan satay yg balance jer…. Mmg depa datang bukan nak makan sgt tetapi sebagai tuan rumah rasa bersalah lak kalu tak buat apa2…. Lepas semua org dah balik… kami sekali lagi agak terkejut coz kami tak Nampak si ADAM.. dipanggil2x tak disahut… tercari2 sekali terpandang tertido di kerusi … bimbang tul takut hilang…kul 11 pm… kami terus lembik..kepenatan dan keletihan yang amat … seharian…

Bayangkan kami nak handle tetamu dan layan 3 hero kami yg lasak…. Si angah yg berat 17 kg mintak didukung sedangkan pada masa yg sama tgh dukung si anas yang 8kg… time tetamu datang laa depa semua buat perangai…. Nk cakap ngan tetamu pun payah… melayan depa jer lebih…..

Malam tu tido si adam terganggu kejap2 jaga cakap “ Mama, abg takut … pencuri datang ambik tabung abg”…. Fikiran anakku dah terganggu… gara2 si pencuri… “Ya-ALLAH timbulkan rasa bersalah , gundah gundala di hati si pencuri agar kesedaran si pencuri untuk bertaubat timbul ..” Hanya mampu tenangkan si adam at the same time, air mata nie dah kuar2 dah… Papa mintak byk2 sabar…

I nyer belakang dah rasa sakit2x… mana tak sakit si anas…si angah asyik nak dukung jer… Papa tolong basuh kan pinggang2x yg melambak dalam sinki… mama kemas2 dan mop…tu pun selepas semua budak2 dah tido…. Kau orang dapat imagine tak bertapa letihnya kami that’s why I rasa mcm Super Mama tu… Walaupun letih tapi tido tak lena…. Perasaan takut mana lah tau si pencuri tu datang lagi ker….

Esok papa akan tukar semua kunci2 yg ada, manga2 mana tau kut2 si pencuri buat pendua…..grill yg dipotong pun nak kena tukar… byk keje nak kena settle… tapi esok jumaat..kedai byk tutup..mcm mana yeaa

2 comments:

  1. wah...super mama...dh booking kostum ke...apa pun mmg letih kan hari tu...fm papa

    ReplyDelete
  2. Thanks to Papa adaman coz byk membantu...

    ReplyDelete