Wednesday, March 23, 2011

Mengapa Rajin Bekerja

pernah tak korang rasa...korang kerja melebehi KPI ditetapkan....hehehhehe pernah tak korang rasa cam nak keje sambil lewa??? pernah tak tanya pada diri korang, ngape nasib aku camni walhal aku kerj a bersungguh2, dedikasi..tetapi setakat F41 jer... sampai pencen ker????

Itu semua dah selalu bermain kat fikiran otak aku nie..kekadang rasa tiada keadilan.... org lain tgk slalu menuang, kat ofis jarang nampak tapi tup2 dah naik dari 41... tetapi ada satu words dari my best friend Laily nie selalu cakap... "takpe wani... mungkin sekarang bukan rezeki hang..mungkin rezeki anak2 hang nanti".... so kata2 nie laa yg selalu menghalau emosi2 jahat yg cuba mempengaruhi pemikiran ku especially bila kerja yg byk, masalah2 lain...

Apa yang penting adalah IKHLAS dalam bekerja.... tak kisah laa walaupun aku nie level P&P tetapi tetap gaks wat kerja KULI , tetap gaks bongkok2 masuk bawah meja betul kan kabel, pc... yang penting Cawangan ku memberi perkhidmatan yang cepat, bagus dan tepat.....

Dulu2 1st time masuk kerja, member2 kat tempat lama cakap "wah bestnya masuk2 dah dapat jadi Ketua Unit IT", hakikatnya menjadi Ketua Unit adalah satu tanggungjawab yg besar... semua kerja kau kena buat dari planning, analysis, implement testing semua laaa.. ngan budget, network, aplication..... tapi alhamdulillah sepanjang 2004 hingga la nie 7 tahun ... dah banyak percapaian yg aku dapat dan buat dengan sokongan kakitangan ku..antaranya
1. 2008 - mendapat APC
2. 2009 - Sistem Kedatangan kakitangan guna fingerpirnts- pembaharuan walaupun byk Unit aku kena tanggung kesan penerimaan
3. 2010 - 5 star laman web, anjakan gaji... dari P1 kepada P2
4. Menajdi sumber rujukan agensi berdekatan, LTN, Kesedar...

Tak  kisah lah sama ada ada yg menghargai atau tidak yang penting aku dah cuba sebaik mungkin melaksanakan tanggungjawab tu... tetapi kekadang perasaan  ini akan goyah juga especially bila jumpa rakan2 yg seangkatan yang dah naik  dari f41 kepada F44 event F48 pun ada..... bukan betul kata laily bukan rezeki ku..rezeki anak2.....

Just hope for the best.......

No comments:

Post a Comment