Monday, September 5, 2011

Rumah Kami dimasuki Pencuri PART I

Terlebih DAhulu kami sekeluarga mendoakan kepada si Pencuri akan diberi kesedaran dan keinsafan di dalam diri si pencuri agar berTAUBAT laa di ketika yg masih ada… ketika TAUBAT anda masih diterima oleh yang ESA….

“YA ALLAH kau buka kan pintu Hati si pencuri rumah kami agar bertaubat kepada MU.. . YaALLAH kau tunjukilah jalan yang sebenarnya kepada si pencuri ..Ya ALLAH, bimbinglah si pencuri itu, dengan melapangkan hati si pencuri dengan limbahan keimanan dan ketakwaan kepadaMU, Hidup suburkan hati sipencuri dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar ) tentangMU… AMin..Amin YaRabalAlamin”

Itulah doa kami kepada si pencuri itu, walaupun pedih.. tatpi kami sekeluarga berfikir positif mungkin kejadian ini sebagai satu peringatan kepada kami agar lebih berwaspada, teliti,. Setiap ujian dan musibah yang diberi oleh yang ESa ada hikmahnya….

Kami menjangkakan kejadian berlaku pada hari Raya ke 3 maybe dekat2 subuh atau selepas subuh… Kami telah tinggalkan rumah tersebut sehari sebelum Raya untuk pulang beraya di rumah MIL…. Mengikut perancangan selepas Maghrib Raya pertama akan bertolak pulang ke rumah kami tetapi ada kunjungan sedara pulok… dan ada tetamu yang datang tu kata Jalan Jem area Tanha Merah, Machang.. so we decide pepagi lepas subuh we all bertolak balik…

Pagi raya kedua, dalam kul 6.45 kami bertolak.. plan asal balik umah dulu tetapi sekali lai kami terus ke rumah my MOM dan petang2 akan balik ke rumah kami…. Sekali bila petang jer..hujan dan ribut yang kuat… so we all tkar lai plan balik pagi esok rumah kami.. waktu tu dah rasa cam tak sedap hati …. Berdebar jer…

And then…pagi2 tu kami balik samapi rumak KAmi dalam kul 845 jam tu… baby tido so papa bukak pintu semua … Mama dan ADAMAN still dalam kereta..then papa masuk cakap

“MA, umah kita kena pecah”………

Terus kuar kereta..masuk umah tgk bilik stor dah terbukak…. Pintu dapur dah ternganga….. at 1st ingat masuk ikut bumbung sekali tgk dalam bilik stor… rupa2nya dipotong grill tingkap stor….. dan si pencuri itu kuar ikut pintu dapur dengan happynya… kami ingat si pencuri panjat pagar belakang dapur rupa2nya dia potong pagar chain link kat depan umah…..

Mama terus masuk bilik cari laptop seingat2 simpan dalam drawer baju dalam almari dah sepah2… “PAPA, I nyer LAPTOP OFIS hilang, charger jer ada …” dah rasa cam…. Lemah sgala-galanya..dah terbayang mcm mana nak cakap kat boss.. nak kena buat report and everything laaa….

Papa check laptop adam dalam drawer satu lagi.. sib baik ada….. maybe laptop adam 15” inci tak menarik hati si pencuri laptop 11” lai menarik…

Apa lai yg hilang??? 3 tabung ADAMAN habis… tabung adam ngan ammar dah penuh… yg anas lagi suku nak penuh…. We all plan nak saving sekali ngan duit raya nanti sekali..dah saving oleh si pencuri…dah laa tu tabung tu semua dibukak dalam rumah .. tabung Anas besi dibukak dengan gunting.. dan ditinggal beberapa sen….. yang paling ralat adalah tabung ANAS coz saving since lepas 40 harii ANAS lahir… so tabung saje dianggarkan dalam rm600-700 coz bukan setakat duit shilling jer duit kertas pun kami bubuh….

Sebentuk cincin masa beli dulu2 (3 tahun lepas) dalam rm500 skrg tak tahu laa. Dan semua pisau2 yang papa adam beli masa kat Lubnan disapu bersih…….

Dalam kul 10 lebih Papa kuar buat report polis…. Dah call family …. My MIL dah otw datang… dalam kul 3 baru polis datang…..suspect Mat Pet laa..coz polis kata Kalu dia masuk malam lagi mesti ada byk waktu..dan byk benda boleh dikuarkan ..DVD player, TV… tong gas… etc.. dan polis kata maybe masa dia tgh bukak tabung2 tu maybe dia ada terdengar motor lalu ker dia cepat2 kuar tanpa tutup pintu dapur tu……

So kepada si pencuri tersebut… mungkin sekarang anda berhappy dengan hasil curian anda…. Kami sekali lagi mendoakan anda agar mendapat HIDAYAH dari pada ILAHI……. AMIN….

Dan kepada saudara mara, rakan taulan yang datang kami ucapkan berbanyak terima kasih… bak kata anda “ Takpe laa maybe ALLAH nak uji KAMI, sekarang kami rugi mana tahu akan datang lagi banyak REZEKI yang ALLAH bagi” INSYA-ALLAH……

Nanti sambung lagi pasal selepas kecurian.. I jadi SUPER MAMA ADAMAN…..

disebabkan ada prob utk upload foto.. maybe next time
Tingkap yang dicungkil

Jeriji Tingkap yg digunting

Pandangan dari dalam stor



Bilik adam yang disepah2

Atas rak putih tu tersusun baik 3 tabung....

Bilik Kami yg turut disepah2

5 comments:

  1. Kesiannya wani, sabar la bebanyak..yang dah hilang usah dikenang lagi, insyaAllah ada rezeki lain dari tuhan..rumah kami pun hampir kena masuk pencuri jugak tapi Alhamdulillah tak berjaya masuk & syukur ada jiran yang prihatin

    ReplyDelete
  2. sabarla wani nak buat camana dah takde rezeki la tu.. sy dah rasa pengalaman rumah kena pecah masuk ni..tak tergambar perasaan sedih dan 'kuong' org kelantan kata.. semoga Allah memberi balasan yang setimpal kepada pencuri tu.. kalau di dunia ni mungkin dia terlepas tapi di akhirat nanti pasti Allah akan membalasnya..

    ReplyDelete
  3. dugaan seme nih...lepas ni pasang sistem penggera dan cctv plop.

    ReplyDelete
  4. nak kena lah mat pet ni.. org pegi beraya, dia amek kesempatan pulak.. aku dah pernah kena wani.. masuk ikut tingkap jugak.. curik duit syiling jugak.. adoi.. nak menggantikan tingkap tu satu hal..

    sabar byk2.. doakan yang terbaik utk pencuri tu.. walau puh gerammmmmmmm

    ReplyDelete
  5. boleh saya taujenis rumah ypuan dlam kes ini
    sbb saya tengah buat penyelidikkan

    ReplyDelete