Wednesday, July 28, 2010

:: Bicara ADAMAN ::

semalam kuar jer dari ofis terus ke Tadika Premier ambik ADAM dan sepupunya...sampai jer umah terus solat and pumping time!!!! tgh kusyuk2 tu my Little Baby dah meragam nangis2... walhal Ayong baru jer bagi susu tadi... ishhh baru 64hari dah kenal yeaa ur mama... mama tak ambik anas yeaa.. tu yg merengek2 tu.... alhamdulillah dapat dalam 5oz lebih.... ok laa tu...

pagi tadi mama tinggalkan umah dengan susu sebanyak 26oz.... biasanya dari pagi sampai petang Anas akan habiskan dalam 12-16 oz... well maknanya ada balance lagi boleh laa wat stock... mana gambar ?? takdan nak ambik nanti laa bila free2....

pagi tadi bila mama kejutkan abang Adam, abg ammar lak yang tersedar...dia lak dok panggil2 adam suurh bangun pi school....
ammar : "abam...agun..abam....
adam : "emmm..emmmm..emmm"
mama : MUhammad adam Harith wakeup... nanti mama lak lambat masuk ofis" (dengan suara yang korang sendiri boleh agakkan?)
adam : "ngantuk laa mama... nak mama dukung laa pi toilet....
mama : ishhh mana leh nak dukung awk dah hampir 14kg dah

lastly bangun gaks... bila dah masuk bilik air lama lak dok main air... ishhh siap si ammar pun nak mandi gaks... si anas pun dah bangun siap poo..poo yang selmbak lai..yea laa dari magrib sampai pagi disimpannya...

pepagi selalu jer rasa kelam kelibut.... skrg nie ammar pun dah behave ok...especially bila time mama nak hantar abg adam ke school atau mama nak pi ofis bila balik waktu lunch... mula2 si ammar nak ikut tetapi bila mama cakap

1." mama pi antar abg jap...nanti ptg mama ambik angah yeaa.. kita pi jalan2 lak" - berlaku unsur penipuan di mana bila balik ptg takdan lak mama nak jalan2..ishhhh berdosa2 tul mama nie, adam cakap "takbaik cakap menipu, ALLAH tgk tu ALLAH tahu...." tapi kalu adam cakap tak serupa bikin adam cakap "adam gurau jer..."

2. Mama pi work jap jer... nie mama bagi duit abung(duit syiling) angah letak dalam tabung yeaa... so mama kena ada stock duit syiling ..kalu tak mau mengamuk si ammar nak mengikut jer...

dari pemerhatian mama laa.. dalam mendidik anak2 nie ..kena sabar dan selalu cakap benda yang sama berserta penerangan lama2 anak2 akan paham .... tapi tu laa biasanya kita nie tak sabar...but mama promise to be more patient.... i will try my best....

luv ADAMAN so much...mua..muah.... ooo yeaa dalam this week adam dah start tanya

adam : mama, bila papa nak balik yeaa?
mama: raya nanti baru balik....ngaper
adam: terasa cam dah lama papa tak balik.. adam nak beli sticker transformer
mama : sabar laa...nanti mama cakap kat papa

actually dari julai sampai end of ogos papa kena standby kat Kem.... mmg sedih tapi at least raya papa boleh bersama2 we all kan??rasanya sejak 5 tahun we all kawen hanya sekali jer papa takde bersama bila raya , masa tu papa kena pi LUBNAN.... so ok laa tu kan.... ok laa nanti ter .....emo lak story bab2 papa dok jauh nie...

Tuesday, July 27, 2010

::Kebaikan Susu Ibu ::

hasil daripada surf di Internet rasanya dapat disimpulkan bahawa Susu Ibu ini dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak sebagaimana berikut :

Untuk ibu:

1. membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
2. membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
3. mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
4. menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya


Untuk bayi :

1. Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
2. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
3. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
4. Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
5. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
6. Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
7. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
8. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
9.Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
10.Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
11.Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.



Lain - lain kebaikan :

1.Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
2. Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
3. Harga susus Formula semakin naik... dapat mengurangkan kos perbelanjaan...

Susu Ibu dari Pandangan Islam....

Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan pentingdan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya.


Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu. Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas si sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu. Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambik alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.

Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak. Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu.

Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi. Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga memprtingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan aal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurngkan risiko barah buah dada dan ovari. .

info ini dipetik daripada laman web Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia

:: sambutan malam nisfu syaaban ::

emmm semalam baru jer lepas malam yang penuh kerahmatan dan keberkatan iaitu malam nisfu syaaban...
tapi tak posa pun coz kelupaan lak... tapi lepas magrib tu sempatlaa baca 3x yassin tu pun dengan penuh dugaan dari superheroes yang ada ..sib baik baby anad sleeeeeeeeeep well... hopefully doa kami sekeluarga diperkenankan... AMIN......

Tok maa call suruh balik raikan malam tersebut kat Jelawat tetapi sorii laa yeaa tok maa kalu hari keje mmg takdan nak ke Jelawat.. skrg nie kuar ofis pun on time sharp 5.00 pm tetapi jam pulak kat pintu keluar KADA... dalam kul 5.25pm ambik si adam and sepupunya.. dalam kul 5.40pm sampai umah... then teruskan xtvt milky pumping kul 6.00 pm ambik anas.. main2 agah2 si anas by 6.30 pm mandikan baby then by 7 pm anas dah start to sleep..... so masa nie laa mama nak kena melayan 2 lagi hero ...masa ni laa mama nak makan malam... dan segala2nya then mandi solat pastu kalu baby tak sedar lai boleh jer tunggu hingga isyak.... kekadang tu ada gaks tengah2 ngaji baby nangis mama bagi jer tekca sambil ngaji hahhahaha bagus tak...:)

kul 10 dah wajib kena tido... dah letih bangat esok kul 5-530 am dah nak bangun.... tu belum time tersedar2 baby nak tekca tu...... itu lah sebabnya banyak pahala ALLAH bagi kan kepada Ibu-Ibu.. kita kena lebih banyak bersabar dan bersyukur coz tak semua orang dapat rasai saat2 begini kan...... touching laa plak....

"Dan Ibu-Ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu" (AL-BAQARAH:233)

Sunday, July 25, 2010

:: Selamat Bertugas Kembali ::

dah lepas rupanya 2 bulan bercuti..since last week on thursday mama ADAMAN dah start kerja kembali... masuk2 keje jer ada beberapa benda yang tak disettlekan..so hampir separuh hari dok check duit pembangunan untuk Latihan ICT yang sepatutnya dah habis dibelanjakan tetapi tgk akaun masih ada laaii confuse mama.. masa nak bercuti panjangrasa cam dah settle dah... check punya check rupa2nya our CC tak masukkan dalam sistem kewangan manual write on his manual VOT bool... aisey... lotih mama camne.... SABAR!SABAR!....

check email..ada 2 job nak kena submit ke moa..tapi takpe submit before 30 JUlai so masih laa sempat berblog2 nie..hehheehhe... skrg kat umah mmg tak sempat nak bukak internet pun coz.... rutin mama dah berubah sekarang... agak meletihkan....tetapi ada hikmah nya...

banyak ceriter nak diceriter..tetapi kesibukan masa byk yg dah miss story.... emmmm right now. MYSIS stay with me.. utk pengetahuan u all MYSIS pun sama macam I .. PJJ ngan hubby..mySIS dapat wat midwife kat hospitak KB..so Afiq dah trasfer sekolah sini ..oo yeaaa.. abg ADAM dah di hantar ker Tadika awal JUlai hari tu.... nama tadika ABG ADAM adalah TADIKA PREMIER KUBANG KERIAN.... pagi sekolah ... petang kelas agama..

oo yeaa tadi mama ada cakap ada hikmahnya... apa yeaa hikmahnya :
1. Mama dah jadi mama yang lebih terurus dan berjadual coz pepagi kul 5 dah bangun ..kuarkan bahan2 utk memasak... then mulakan upacara PUMP.... baju2 utk ke ofis dah digosok pada hari cuti utk seminggu terus.. before this pagi bangun nak pi ofis baru gosok.... so ada improvement..

2. Kul 715 harus keluar untuk hantar adam dan afiq ke sekolah..huh.... then mama menuju ke ofis... means that mama mmg akan sampai ofis b4 8.00 am..before this dalam sebulan tu adalah 5-6 kali merah jer.... hahahha tapi diganti ngan selalu balik lambat.. tetapi skrg dah tak dapat balik lambat coz nanti nak pick up adam .. kalu lepas 5.30 pm takambik lagi..akan dicharge..rm5/3 per hours....

3.Balik ofis .. ambik bebudak then terus menuju ke HOME sWEET HOME... solat Asar then terus ambik alih baby anas from my nanny... main2 dengan bebudak kat luar umah .... then by 630 pm naik untuk mandikan baby anas... then susukan after magrib kalu baby anas tak buat perangai dia akan sleep sampai kul 5.00 pagi ..bagun dalam2-3 jap sekali utk susu time.... tapi kalu dia ada skit perangai mau kul 9-10 baru nak tido... time tu asyik menempek jer ngan mama... skrg cam rasa masa 24 hours tu tak cukup jer... ngaper yeaa...??

walaupun letih tetapi tetap rasa happy...cuma kalu anak2 buat perangai tu mula laa mama rasa cam wujud ketidakadilan coz tak dapat nak kongsi dengan papa.. masa tu datang laa sitanduk dua mencucuk2 fikiran mama.. membuat mama terfikir.." sama2 keje tetapi yg lebih letih mama.. papa best jer..balik weekend macam skrg raya baru balik... happylaa papa tak yah nak jaga anak2 yang aktif ini..."

ishhhh... tetapi cepat2 tune balik mind nie " papa lagi kesian.. terlepas nak tgk perkembangan anak2 especially the first thing anak2 dapat buat..cam mula2 dapat cakap.... dapat tepuk tangan...benda tu semua mana laa dapat diudurkan semula kan??" ini laa risiko bila dok PJJ nie.... iman, minda kena kuat.... :)

ok laaa.. nanti mama letak gambar2 adam pi sekolah yeaa... nak sambung keje skit....

Monday, July 5, 2010

::Mitos Mengenai Susu Ibu::

Semasa mama ADAMAN(ADam,AMmar&ANas) bercuti nie adalah surfing2 skit pasal BFsecara eksklusif..so nie ada info yang ingin dikongsi bersama..:

Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.

Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir nanti. Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.

Manakorang nak yang drastik atau sebaliknya....???

Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.
Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

kalau korang rasa ur mom atau mil terlalu "caring" ngan cucu sampai korang nakpegang anak pun sekejap2 jer..nie laa cara terbaik korang utk bersama dengan baby..

Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.
Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.

Betui2...

Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.
Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.

Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.

Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.

Mitos #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.
Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.
Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).
Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.

Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.

hopefully this info boleh dikongsi bersamadengan ibu2 yang lain....